Isnin, 23 April 2012

Hepy Birthday to Me...

22 April 2012 genap umurku yg ke-23...
byk gak la wish kat FB..bese lar..reply tenQ je..
mkn mlm mami blanje kt kdai faveret kami..thanks dear..
seap bagi hadiah n kad lg..love u so much..
pastu geng2 kat umah..ingtkan da lepas..xde hukuman dh..
takku sgka...bli brg nk wt celup tepung rupenyer aku yg dicelup tepung..
air bercampur tepung,serbuk kunyit,telur,air putung rokok dan sebagainye terpaksa aku terima..
hampir2 untuk muntah..bau yg amat2 la busuk...dari jauh tu dh rase mual..
fes attack kena tlur kat kpala..second amat pedih la..kena baling kt dada..
to geng2 umah sewa, tenkiu so much..next time trima la balasan korang k..
hahaha..
hadiah dari yg tersayang :)

second attack

lebam tu.pedih giler..


p/s:ingtkan aku jer dpt buli org..ri ni aku lak dibuli..huhu

Rabu, 18 April 2012

My Mbak Supir

Dulu dia suke paggil aku pak supir..
Sebab selalunyer aku yg amik dia,drv,n atar dia..
haa..skang da tbalik..dia dtg amik aku..
tggu aku bseap,antar aku dan sebagainyer...
I LOVE U, MBAK SUPIR....

waa...hebatnyer dia drive sbelah tgn jer...

Ahad, 15 April 2012

J.O.D.O.H

Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya..

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dengannya..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..

سُبْحَانَ اللّهُ...

Sabtu, 7 April 2012

Kisah Cinta Kita

Bila cinta endapkan semua harapan
Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu
Love story let’s make a history
Sejarah kisah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah
Love story let’s make a history
Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
Namun cinta kita tetap akan utuh
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu
Meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh
Make it this our love story..




Khamis, 5 April 2012

Mid-Sem Break Started

5 April 2012...
esok bermula la cuti mid-sem(seminggu jer)..
wlaupun esok stat cuti..tapi rmai da blk ri ni or smalam agi..kt mah sewa ni pon da 3org je xblk lg..
coz uma dekat..plan cuti ni??nk wat ape??entah la..blur..bcuti sorg2..mybe dok kat umah je la..
nk g date?dia xde..urghh...jgnla cuti ni membosankan...TIDAK!!!!!!

Tanggungjawab Seorang Islam Kepada Pasangan Saudara Baru (Muallaf)


Kebelakangan ini kita melihat bilangan perkahwinan campur semakin bertambah dalam masyarakat kita. Perkahwinan campur di sini merujuk kepada seorang yang asal Islam ingin berkahwin dengan seorang yang bukan Islam dan kemudiannya, pihak yang bukan Islam tersebut telah memeluk Islam sebelum perkahwinan dan dikenali sebagai saudara baru.
Saudara baru tersebut boleh jadi dari bangsa Cina, India, Inggeris dan lain-lain yang asalnya beragama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. Akhbar-akhbar juga banyak menunjukkan kisah-kisah perkahwinan campur sebegini di kalangan selebriti negara.
Ruangan kali ini tidak bertujuan membincangkan isu perbezaan kaum atau agama sebaliknya ingin melihat kepada tanggungjawab orang Islam terhadap saudara barunya di dalam menangani permasalahan berkaitan rumah tangga yang dibina. Perkahwinan campur sebegini mempunyai beberapa kebaikan seperti anak-anak yang dilahirkan selalunya mempunyai paras muka yang comel dan berkemungkinan mempunyai tahap kebijaksanaan yang lebih tinggi.
Hakikatnya usaha mengajak saudara baru memeluk Islam adalah satu dakwah yang sangat tinggi ganjarannya. Namun begitu, ia tidak terhenti kepada selesainya perkahwinan tersebut, pasangan yang asalnya Islam bertanggungjawab mendidik pasangannya untuk memahami dan menghayati serta berusaha beramal dengan ajaran agama terutama amalan asas seperti sembahyang lima waktu, berpuasa, menjaga kehormatan, meninggalkan arak dan sebagainya.
Perkahwinan adalah ikatan untuk hidup sepanjang hayat dan ia berkait rapat dengan kesediaan menerima dan memberi hak dan tanggungjawab antara pasangan. Tidak dapat dinafikan ada di antara pasangan kahwin campur yang berbahagia sehingga ke akhir hayat dan menjadi contoh untuk pasangan lain.
Bahkan ada berlaku saudara baru yang memeluk Islam di atas keikhlasan dan kesedaran cintakan Islam telah menjadi seorang Muslim yang jauh lebih baik berbanding dengan mereka yang asal dilahirkan Islam. Penulis terpanggil untuk mengupas isu ini kerana sejak akhir-akhir ini terdapat perkembangan yang agak banyak melibatkan permohonan fasakh isteri-isteri yang merupakan saudara baru di Mahkamah Syariah.
Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila antara lain alasan–alasan permohonan fasakh isteri-isteri tersebut ialah bahawa suami tidak menjalankan tanggungjawab dalam menyediakan nafkah zahir isteri, suami seorang yang pemabuk, panas baran dan sering memukul isterinya, tidak bersembahyang dan tidak berpuasa malah tidak membenarkan isteri tersebut mengikuti kelas fardu ain di mana – mana bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahamannya terhadap cara hidup Islam.
Ada juga di antara suami tersebut yang hidup secara tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum syarak’ seperti tidak mempunyai pendapatan yang tetap tetapi berfoya-foya di kelab-kelab malam dan melanggani rumah pelacuran serta perjudian. Apabila pulang ke rumah, isteri sering dipukul dan suami telah meminta wang daripada isteri tersebut untuk meneruskan kehidupannya yang tidak bermoral tersebut.
Ada juga kes di mana isteri seorang saudara baru yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri telah disuruh berhenti bekerja dan dihujahkan oleh suami tersebut bahawa tugas seorang isteri yang beragama Islam adalah hanya tinggal di rumah, menjaga keluarga dan menyediakan makan minum dan pakaian suami serta diberikan amaran tidak boleh keluar dan bercakap dengan sesiapa tanpa kebenaran suami.
Perubahan cara hidup telah memberi kesan kepada saudara baru tersebut dan apabila beliau tidak dapat bertahan lagi, isteri tersebut telah menghubungi kawan–kawannya untuk berbual–bual tanpa pengetahuan suami. Apabila suami mengetahuinya, isteri tersebut dimarahi, dipukul dan dikatakan tidak akan masuk syurga kerana derhaka kepada suaminya. Apakah tindakan suami tersebut boleh membina saudara baru untuk melihat kecantikan Islam atau menyebabkan pandangan negatif terhadap Islam?
Terdapat juga kes suami yang berkahwin dengan saudara baru tetapi selepas berkahwin, suami enggan bekerja dan mendesak isterinya menyediakan saraan hidup untuknya.
Apabila malam, si suami keluar berfoya-foya dan minum arak sehingga mabuk. Apabila isteri menegur dan menasihati beliau, ia akan dijawab dengan maki hamun dan pukulan demi pukulan oleh suami tersebut.
Akibat sering dipukul dan dikasari, isteri tersebut telah mengalami tekanan perasaan dan sering sakit. Tetapi si suami tidak mengendahkan bahkan membiarkan isteri menaiki bas sendirian untuk ke hospital. Contoh-contoh kes di atas merupakan kesilapan besar umat Islam yang berkahwin dengan saudara baru dan ianya amat dikesali.
Saudara baru yang berkahwin dengan orang Islam memerlukan didikan agar kecintaan dan kefahamannya kepada Islam akan bertambah subur hari demi hari. Tetapi kesilapan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam telah menyebabkan nama baik agama turut tercalar kerana bagi saudara baru, apa yang ditemui dari pasangannya dan cara pergaulannya adalah gambaran kepada ajaran Islam dan ia memberi kesan besar kepada mereka dalam menilai apakah sebenarnya Islam yang suci ini.
Justeru, bagi orang Islam yang ingin berkahwin dengan saudara baru, perlu melihat lebih jauh ke hadapan. Pasangan Islam itu sendiri perlu mempunyai kefahaman yang baik tentang Islam, memasang niat yang benar iaitu berkahwin demi meramaikan umat Islam dan berazam untuk mendidik pasangannya ke arah sama-sama menghayati Islam.
Tanggungjawabnya sangat besar dan memerlukan usaha yang berterusan. Dapatkan bantuan daripada pihak PERKIM atau mana-mana badan agama sebagai ’support group’ bagi menjayakan perkahwinan campur ini. Kegagalan melayani saudara baru, mengasari, memukul, tidak membenarkan isteri bekerja, mengambil wang isteri sesuka hati, tidak menjalankan amalan asas sebagai Islam, hidup bebas dengan arak dan zina akan menyebabkan saudara baru mempunyai persepsi salah mengenai Islam.
Tidak mustahil, saudara baru ini selepas bercerai akan berusaha kembali ke agama asalnya kerana mereka tidak mendapat sokongan moral, bahkan tidak dapat melihat kecantikan Islam daripada pasangan yang dikahwininya. Apakah pula yang akan terjadi kepada anak-anak mereka sekiranya pasangan ini bercerai?
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab besar seluruh umat Islam terutamanya pasangan suami atau isteri yang asal beragama Islam untuk memberi kefahaman dan pendidikan tentang Islam kepada saudara baru tersebut. Kita juga mengharapkan agar pihak berwajib termasuklah pihak PERKIM juga agar dapat menjalankan usaha susulan ke atas saudara baru selepas mereka berkahwin untuk melihat perkembangan mereka. Semoga kes-kes kesilapan umat Islam ini dapat dikurangkan pada masa-masa akan datang.

Artikel Oleh Siti Razasah Abdul Razak dan Nurhidayah Muhd Hashim

p/s:selalu membaca artikel2 bkaitan hal kahwin..InsyaAllah semogadapat dipraktikkan di alam perkahwinan.

Ahad, 1 April 2012

adakah gurauan??

syg,i eksiden..
xpe ramai org jaga awk kat hosp nanti.bye.

I'm speechless..ape??ingt ni APRIL FOOLED ke??
owh..dia kan xpcaya kt aku..
wtpe lak nk aku gitau kt dia kan..
rase lau aku gh nazak time tu,memg tros K.O la..
bukan sbb eksiden,tp sebab terkejut..ahahahaha
ape ke bangang kete kua simpang men redah je..
ko hamik lesen camne hah sial??
sib bek sket je..lau kene byk,memg mampus aku kerjakan gn helmet..
sib bek r xluka..tp rase cam skt je kt dada..
tulang rusuk pth kot...kot je..aku bukannyer ahli PBSM mahupun doktor..
biarkan je la..asalkan aku dapat pulang dan tido..