Ahad, 31 Julai 2011

when my dream come true...
hurmmm...still thinking bout that..

what it mean??

Sabtu, 30 Julai 2011

Puasa beri kekuatan dalaman

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai
senjata orang Islam dan pada ketika yang lain
diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang
berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah.
Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang
hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan
manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap
perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah
jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat
mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa
hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka
termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan
ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3
orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah
yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan
orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di
sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan
menyebabkan
manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja
akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan
bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang
telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk
dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai
Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa
orang yang meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti
akan
dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan
mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang
yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara
Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia.
Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan
perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia
berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah
memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk
orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah
kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa
adalah antara manusia dengan Allah.
Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin
tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.
Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri
sendiri dan kepada Allah.
Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita
bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita.
Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t.
sendiri yang akan membatas pahala orang
yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan
berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan
mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami
bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja
bukanlah kerana makan saja tetapi kerana
keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi
penggerak kepadanya.

Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang
berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang
Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat
boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua
puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada
Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh
yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang
lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri
orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan
puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya
kekuatan rohani ini berkesinambungan.

Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih
dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang
Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui
puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain.
Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan
pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang
terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon
supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit
bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan
ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk
meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada
persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk
puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya
membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat
kebajikan dan menambah ibadat.

Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan
sanggup
sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling
tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati
juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang
disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah
terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani
dan jasmani.
Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal
menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan
jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal
badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang
lain.
Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih
merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri
seseorang. Ia berupaya
memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.


Oleh: DR. MASHITAH IBRAHIM

Jumaat, 29 Julai 2011

Bola Malaysia

hurmmm...sangat kecewa tgk bola msia lawan spore td...
tp permainan yg menarik oleh pasukan msia..singa dh keletihan..
tp apakan daya,harimau malaya kecundang semasa di spore...
hanya mampu seri di laman sendiri..
apapun,terusan perjuangan...
aku@kami seluruh malaysia tetap menyokong padu..
kamilah pemain ke-12 anda..
tetap setia menyokong pasukan Malaysia..
kalah menang adat perlawanan...berusahalah skuad malaya!!
terus gigih untuk misi yang akan datang..GOOD LUCK!!!
MALAYSIA TANAH TUMPAH AIRKU....

p/s: Majulah Sukan Untuk Negara :)

Rabu, 27 Julai 2011

Doa untuk diri (got from somewhere)

Ya Allah,


Aku bersyukur pada-Mu

Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku

Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku

Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu

Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah

Aku hanyalah hamba-Mu

Hamba yang senantiasa menzalimi diri

Hamba yang kufur pada nikmat-Mu

Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah

Aku mohon pada-Mu

Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku

Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku

Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku

Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan

Ya Allah

Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu

Peliharalah pandanganku Ya Allah

Peliharalah hatiku Ya Rabbi

Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah

Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu

Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu

Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Cinta dan rindu pada kematian

Ya Allah

Andai aku ditakdirkan mati

Matikanlah aku dalam iman

Matikanlah aku dalam Islam

Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu

Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu

Ya Allah

Terimalah taubatku ini

Kerana aku

Aku takut dengan azab-Mu

Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu

Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu

Aku takut Ya Allah

Isnin, 25 Julai 2011

ujan oh ujan...

hrmmm....skang da nk masuk musim te antingkujuh..tgh hari panas...petang or mlm ujan..ni yg wt antibodi ak lemah ni..kang xpasal2 demam la,selsema la dan sebagainye la...huhu...lau msk wad pun,nurse2 cun je yg jg..opsss....xde org nk dtg mlawat pn...xmo la demam2..dh la nk pose dh xlama lg...pose thun lepas da cukup ganti ke blm ek??hurmmmm.....

Khamis, 21 Julai 2011

Cerita aku dan umie

tadi umie nk g butik,tp dia xleh g gn kete viva dia sbb overheat..
so,dia soh la aku anta dia kt butik..ak pun stat kancil kesayanganku tu,then umie pun masuk lam kete...

umie: kete ni luar je nampak cantik kat dalam xcantik pun
aku : hah??dulu sebelum cat ckp kt dalam cantik,luar xcantik..skarang tbalik lak..cube ckp pe yg xcntik tu??
umie: (senyap seketika)...kita tukar la kete..edy amik viva biar umie pakai kancil..pusing dekat2 je bek nek kancil,viva leh wt jalan jauh2..
aku : erkkk....'tadi cakap kete aku xcantik,tp tetiba ckp nk tukar' (cakap lam ati je la)..


hehehe...then terfikir la lau aku pkai viva,ok gak..tp xmo la...syg kancil lg dr viva..
tp,syg buah ati aku lg la..kancil tu no2...
hihi..

Selasa, 12 Julai 2011

SARAWAK

Ku tahu. Sudah lama janji ini. Akhirnya telah termenterai. Aku tidak sesekali memungkiri janji. Sarawak, akhirnya aku bepijak di bumi kenyalang ini..tp masa kt sana xjumpa pun burung kenyalang.Ak ke sana bukan sekadar untuk mengotakan janji. Tapi adalah kerna aku begitu rindu padanya.

Pada mulanya, aku takut-takut. Kalau keluarganya tidak menerimaku. Bila di sana, aku cukup bahagia kerana keluarganya melayaniku dengan baik. Dan dia selalu sahaja mendampingi ku. Selalu melindungi ku (menjadi translator :) ) kerana aku tidak begitu fasih.

Hurmm..hari pertama keretanya sudah meragam..sebab tuan kereta syg aku dr kereta kot..xpanas2 overheat…7perhentian..fuhh…cukup menyiksakan untuk sampai ke destinasi..tapi,tidak hadir ke majlis tu sebab sampai lewat.

Time blk,ok la sket..xbrenti sgt..mybe sebab cuaca pun mendung..suasana redup membuatkan kereta tu cool sket..hehe..xbanyak untuk diceritakan..biarlah ia menjadi diari dalam mindaku..yang akan menjadi kenangan terindah di sana…

Untuk keluarganya, terima kasih kerana sudi menerimaku dan melayaniku dengan baik disana..xmampu untukku membalas jasa baik kalian…terutama mak (si dia jgn jeles ek)…xdapat nk luangkan masa selalu.. aku mahu tapi malu..huhu…

Hari last,aku je drive..kete dia ok jer..saje sbb ak da nk balik..hurmm…xpe3…riang hati dapat meluangkan masa bersamanya...nak patah je kaki bjalan. Letih sgt kot…

Time nk naik belon(kapal terbang), sedih sgt..xsanggup untuk meninggalkan dia..aku mahu selalu bersamanya…harap dirinya selalu sihat..jaga lah dirimu baik2 sayang..jangan nakal2..ingtlah daku selalu.. pe lg yea??hurmm…da pesan dh time kt airport..so,ingtlah pesan ku selalu…

10/7/11 tarikh istimewa buat kami…nak taw??biarlah rahsia…

SARAWAK,I WILL COME AGAIN!!!