Ahad, 10 April 2011

Just 4 U!!

Kasih

Dulu..

Kau adalah sahabat..

Yang selalu tersenyum pada ku..

Memberiku ketenangan yang mendamaikan..

Dulu..

Kau menyokong tindakan ku untuk menyintai insan lain..

Mulianya hatimu..

Demi melihat bibir ini sentiasa mengukir senyuman..

Semalam..

Ku memandang ke hadapan..

Tiada kelibatmu...

Lalu ku berpaling ke belakang

Tidak kelihatan bayanganmu..

Aku mula merasai kehilangan dirimu..

Kebimbangan mula merasuk diriku..

Semalam..

Aku tersedar dari lamunan ciptaanku..

Aku mula sedar bahawa kau adalah hatiku..

Yang ku cari selama ini..

Kau adalah cinta ku..

Kini..

Kau yang dulu sahabat ku bergelar kekasih

Kan ku peluk erat cinta mu..

Takkan ku lepaskan..

Takkan ku biarkan kau pergi..

Kini..

Kau yang ku sayangi

Kau yang ku cintai

Kau yang ku kasihi

Dan kau yang ku rindui..

Kini..

Ku bahagia di dalam dakapan kasihmu..

Kini ku tenang menyulam rindu..

Setia ku menanti hari bahagia..

Bertemu denganmu adalah takdir, menjadi sahabatmu adalah pilihan,

namun bercinta dengan mu bukanlah satu kebetulan...

3 ulasan:

Mami Aaron berkata...

teringat time kenangan birthday last 2 years hihi..pi bg poem nie kan :) time tu nak tido..mi kat terengganu pi kat kelantan..tgh malam kol kata dah sampai depan rumah..mi x caya..sekali betul2 depan rumah..huhuh...tq dear...i miss u so badly..

kancil biru berkata...

hehehee...am I romantic my dear??huhu

Mami Aaron berkata...

yup...sangat-sangat :)